Markas rantau tentera laut Markas rantau dan wilayah laut Kriegsmarine

Markas rantau tentera laut (Marineoberkommando) ialah markas pesisir paling kanan dalam kawasan geografi yang tertentu dan menjadi subordinat kepada para panglima Markas Kumpulan Tentera Laut. Sejumlah 4 rantau tentera ditubuhkan di taklukan Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Timbalan panglima, dikenali sebagai "2. Admiral" (Laksamana 2) memerintah unit staf dan mengawasi hal ehwal pentadbiran serantau. Secara khusus, timbalan panglima markas rantau mengawasi Schiffs–Stamm-Abteilung (Jabatan Pentadbiran Kapal) yang menjadi penghubung bagi markas pelabuhan dan juga bertugas sebagai pihak berkuasa utama bagi anggota yang sedang transit atau ditempatkan di garison pantai tentera. Bagi mereka yang kekal ditugaskan ke jabatan kapal, sebuah pasukan subordinat Schiffs–Stamm-Regiment diwujudkan sebagai markas perantara.[2]

Pasukan subordinat utama lain bagi markas serantau ialah Befehlshaber der Sicherung (Panglima Keselamatan), Inspektion des Schiffsmaschinewesens (Inpektorat Kejuruteraan Kapal), Artilleriearsenalinspektionen (Inspektorat gudang senjata dan artileri), dan Sanitätsamt der Marinestation (Jabatan Kesihatan). Sebuah detasmen semboyan serantau (Marine–Nachrichten–Abteilung) juga diwujudkan bagi menyelaras arahan dan perutusan antara pelbagai markas subordinat.

Semua rantau ketenteraan ditugaskan dengan sebuah unit tempur pesisir tentera laut. Biasanya unit ini dikenali sebagai Marine–Schützen–Bataillon; sebuah formasi yang lebih besar dikenali sebagai Marine–Bordflak–Brigade juga wujud. Unit kejuruteraan dan jurutera tentera laut dimasukkan kedalam Marine–Festungspionier–Bataillon. Markas serantau juga bertanggungjawab bagi operasi semua penjara tentera laut. Kem tawanan perang tentera laut berada dibawah bidang kuasa pegawai kanan yang dikenali sebagai Kommandantur des Marine–Kriegsgefangenen– und Interniertenlagers.

Semua rantau ketenteraan terus mengekalkan jabatan undang-undang dan pasukan wartawan perang (Marinekriegsberichterkompanie). Semua pusat kemasukan dan rekrut beroperasi melalui sebuah pejabat yang dipanggil Marine–Abrechnungs– und Vorprüfungsamt manakala Dienststelle für Eignungsprüfung mengurus peperiksaan sijil bagi laskar. Setiap rantau tentera laut juga memiliki bahagian perumahan tentera, dikenali sebagai Abwicklungsamt.

Markas Rantau Laut Utara (Marineoberkommando Nordsee)

Senarai panglima (Kommandierender Admiral)

Markas Rantau Laut Baltik (Marineoberkommando Ostsee)

Senarai panglima

Markas Rantau Laut Selatan (Marineoberkommando Süd)

Senarai panglima

Markas Rantau Laut Norway (Marineoberkommando Norwegen)

Senarai panglima